Projek loji rawatan air Langat 2 tertangguh


  • Massa
  • Sabtu, 30 Jul 2022

LPA itu mempunyai kapasiti pengeluaran air sebanyak 1,130 juta liter sehari.

MAKLUMAT terkini tentang projek loji rawatan air (LPA) Langat 2 tertangguh apabila ada beberapa isu yang dibangkitkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan awam, Pemodenan pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, kemajuan sebenar projek loji rawatan itu sudah mencapai 90.32 peratus setakat Mei tahun ini.

Jika mengikut jadual kerja projek LPA 2 sudah mencapai 92.58 peratus pada masa itu, tambahnya.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), ini bermakna terdapat kelewatan 2.26% (antara status kemajuan sebenar dan unjuran) untuk projek itu.

“PAAB adalah agensi yang bertanggungjawab menyelia LPA Langat 2 dan pengedar sistem projek tersebut,” kata Izham.

Beliau menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya), yang bertanyakan perkembangan projek LPA Langat 2.

Izham berkata, LPA itu mempunyai kapasiti pengeluaran air sebanyak 1,130 juta liter sehari.

Walaupun loji itu siap dan diaktifkan sejak Disember 2019, beliau berkata, sistem pengedarannya yang meliputi koridor barat dan koridor utara masih dalam pembinaan dan hanya akan siap pada penghujung tahun depan.

"Bagi memastikan air terawat daripada LPA Langat 2 dapat disalurkan kepada pengguna, PAAB memasang sambungan dari kolam pengimbang baharu LPA Langat 2 di Bukit Enggang ke kolam LPA Langat 1 sedia ada.

"Air Selangor juga melaksanakan dua lagi kerja penyambungan paip hiliran untuk meluaskan sistem pengagihan ke lebih banyak kawasan,” tambahnya.

Pada masa ini, katanya Air Selangor mampu mengagihkan sehingga 400 juta liter sehari air terawat menggunakan sistem pengagihan sedia ada LPA Langat 2. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram