Rumah Panjang Uma Sambop musnah dijilat api


  • Tular
  • Selasa, 12 Jul 2022

Keadaan Rumah Panjang Uma Sambop yang musnah dijilat api petang tadi. — Facebook

SEBUAH rumah panjang di Belaga, Bintulu, Sarawak musnah dalam kejadian kebakaran pada Selasa petang.

Dalam video yang dimuat naik oleh Bryanel Conell di laman Facebook itu menunjukkan api kelihatan begitu marak dengan kepulan asap tebal.

Rakaman berdurasi 11 saat itu turut menunjukkan rumah panjang diperbuat daripada kayu itu disambar api dengan cepat sekali.

Kelihatan seorang wanita hanya mampu melihat dari jarak jauh.

Bryanel turut memuat naik gambar rumah panjang tersebut musnah dijilat api.

Berdasarkan laporan, kejadian kebakaran itu berlaku di Rumah Panjang Uma Sambop, Long Semutut.

Sementara itu, laporan awal dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak memberitahu, panggilan diterima pada pukul 3.31 petang Selasa.

Jarak perjalanan dari balai ke lokasi dalam anggaran 1 jam 30 minit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram