KETIKA orang ramai gembira pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, Dayang Fazlena Ayusai dan keluarga terperangkap selepas berlaku ribut petir di kawasan perumahannya pada Sabtu.
Suri rumah berusia 37 tahun dan kira-kira 12 ahli keluarga terkandas di rumah ibunya di Kampung Tebongon, Putatan, Sabah akibat tiang elektrik tumbang di kawasan banjir di hadapan rumahnya masih belum dialihkan.
Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam berada di tempat kejadian pada Sabtu memberitahu mangsa yang mana mereka tidak dapat mengalihkan pokok dan tiang kerana ia ditenggelami air banjir.
"Rumah yang rosak dihempap pokok tumbang itu adalah rumah seorang makcik yang berhadapan rumah ibu saya.
"Pihak berkuasa berkata, kami adalah penduduk yang kelima meminta supaya memindahan pokok dan tiang berkenaan, tetapi itu bukan masalah utama.
"Isunya kami tidak boleh keluar rumah atau memandu ke mana-mana kerana kawasan sekitar termasuk rumah saudara-mara kami masih dinaiki air dan kabel elektrik masih di dalam air, jadi kami takut terkena renjatan elektrik,” katanya kepada The Star.
Mereka juga menangkap seekor ular sepanjang 3.65m (12 kaki) yang berenang di dalam air pada Ahad.
“Jadi semua rancangan untuk hari raya terbatal, kerana kami tiada mood lagi.
“Saya sepatutnya pergi ke majlis Aidiladha pagi ini dan ibu juga bercadang untuk memasak, tetapi semua aktiviti terpaksa dibatalkan.
“Buat masa ini saya sudah berputus asa, kerana panggilan ke talian hotline SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) tidak dilayan.
"Kami boleh melakukan kerja pembersihan sendiri, tetapi kami memerlukan bantuan untuk mengalihkan tiang elektrik dan pokok yang jatuh," ujarnya.
Setakat pukul 2 petang, paras air di rumah sekitar berada di antara paras lutut dan peha, kata Dayang Fazlena. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram