
Bangunan Kelab Jepun adalah salah satu daripada 25 lokasi bersejarah di bawah Penyelidikan Pembangunan Potensi Jejak Warisan. — The Star
SEBANYAK 25 tapak bersejarah dan budaya di Batu Pahat, Johor, dikenal pasti oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk dijadikan aset budaya.
Penyelidikan ini dijalankan oleh pasukan dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan di bawah Jabatan Pengurusan Hartanah UTHM.