Bon Odori: Setiausaha Sulit Sultan Selangor tolak kenyataan PAS negeri


  • Massa
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Tiada halangan untuk umat Islam hadir ke festival Bon Odori. — Agensi

SETIAUSAHA Sulit, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani, menolak kenyataan Setiausaha PAS Selangor seperti disiarkan sebuah portal berita sebagai tidak tepat.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya menjelaskan pendirian baginda yang tidak menghalang festival kebudayaan Jepun, Bon Odori yang berlangsung di Selangor.

Katanya, Sultan Selangor turut menzahirkan pandangan baginda mengenai festival tersebut hanyalah sekadar acara kebudayaan sahaja.

"Baginda tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk hadir sehingga satu kajian berkaitan dilakukan terhadap festival terbabit, sama ada terkait unsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama umat Islam," katanya.

Beliau turut menambah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor. Tan Sr Abdul Aziz Mohd Yusof, Tengku Datuk Ramli Alhaj Tengku Shahruddin dan Datuk Salehudding Saidin yang kesemuanya merupakan ahli Dewan Diraja Selangor turut diarahkan hadir mengadap sultan di Istana Bukit Kayangan.

Pesta Bon Odori itu juga merupakan salah satu aktiviti untuk memupuk semangat muhibah antara rakyat Malaysia dan masyarakat Jepun terutamanya perlaburan perniagaan antara dua negara.

Selama ini acara berkenaan berlansung tanpa sebarang masalah sehinggalah baru-baru ini Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak sepatutnya menghadiri perayaan Bon Odori disebabkan mempunyai unsur agama lain. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram