Isham Jalil bukan lagi Ketua Penerangan BN Selangor


  • Politik
  • Rabu, 08 Jun 2022

Isham berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama bersamanya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

BARISAN Nasional (BN) Selangor menamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan BN negeri itu berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Isham menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan penamatan tersebut dibuat susulan jawatan berkenaan tidak termaktub di dalam Perlembagaan BN.

Bagaimanapun, Isham yang juga ahli biasa dalam BN sebelum ini bertekad akan terus membantu parti itu walaupun tanpa apa-apa jawatan.

285717049_579404583552096_5692004320411922145_n

Surat penamatan perkhidmatan daripada BN Selangor. — Facebook

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

"Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram