SEORANG wanita berkongsi kisah tentang keadaan jarinya yang terbelah dipercayai kerana menahan dari ditikam oleh teman lelakinya akibat meminta untuk tidak meneruskan hubungan mereka.
Menerusi perkongsian video oleh @elfucir di laman sosial Twitter miliknya, dia menerima sembilan jahitan di jari telunjuk sebelah kanan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Perkongsian wanita tersebut tentang ramai lagi wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki itu.
Difahamkan, ramai wanita menjadi mangsa lelaki itu sehingga mengugut untuk menyebarkan aib pasangan serta menganggu ahli keluarga mereka.
"Bukan aku sorang sahaja terkena dengan lelaki 'psycho' ini, ada lagi wanita-wanita lain yang terkena dengan mamat ini sampai ganggu ahli keluarga diorang," tulisnya di Twitter.
Keadaan jari wanita tersebut selepas menahan diri dari ditikam oleh teman lelaki.
Sebelum ini, wanita itu pernah meminta putus dengan lelaki tersebut tetapi individu sanggup bertindak di luar batasan sehingga melukakan dirinya sendiri.
"Ada satu hari dia buat hal dengan aku and aku 'decided' untuk putus, sebab aku dah nak mental dengan mamat ini, tapi dia nak bunuh diri dan dia tendang kaca sampai meleleh darah dekat kaki dia," tambahnya lagi.
Susulan perkongsian itu, telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang berasa simpati kepada wanita berkenaan dan menasihati dia untuk membuat laporan polis.
"Lekas sembuh El, moga sentiasa dilindungi dari orang macam itu, tolong minta pertolongan dan perlindungan please," tulis @JarrNadjmuddean.
"Awak tolong lah pergi buat laporan polis, nanti kalau mamat ini datang balik and kacau awak tak tahu pula apa yang akan jadi nanti," kata @Manxxhy.
"Lelaki macam ini memang psyco, elok jangan buat jadi suami, kalau belum kahwin pun dia dah mula tunjuk belang nanti kalau dah jadi pasangan mahunya dia bunuh sahaja," jelas @Iqamans.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 33,600 tontonan dan 465 ciapan di Twitter. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram