Suruhanjaya Patuh Syariah dapat satukan kawal selia industri halal negara


  • Primer
  • Isnin, 30 Mei 2022

Ismail Sabri menyeru saranan penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah dapat diberi perhatian sewajarnya.

KAWAL selia industri halal dalam negara boleh disatukan melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucaptama sempena Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin, Ismail Sabri berkata, pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara.

Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pula mengawal selia industri halal.

"Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

"Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat direalisasikan," katanya di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) Datuk Jefridin Atan dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram