Nombor plat Piala Dunia FIFA cecah harga RM2.16 juta


  • Benua
  • Sabtu, 28 Mei 2022

Bendera negara-negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 berkibaran di Doha. — Agensi

JABATAN Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000), lapor Sputnik.

Berdasarkan tukaran mata wang asing menggunakan Ringgit Malaysia, harga nombor plat itu mencecah RM2.16 juta.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat '333355' dijual dengan harga 200 juta riyal (AS$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Qatar, lelongan, FIFA, Piala Dunia, nombor plat,