KERAJAAN mengarahkan semua urusan melibatkan luar negara termasuk surat-menyurat mesti menggunakan bahasa Melayu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Jelas Perdana Menteri lagi, setiap surat yang dihantar oleh beliau sendiri kepada para pemimpin dunia juga akan menggunakan bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris sebagai lampiran.
“Saya juga telah memulakan rundingan dua hala dengan menggunakan bahasa Melayu, tidak ada cacatnya rundingan tersebut melalui penggunaan bahasa Melayu.
“Persidangan juga guna bahasa Melayu sewaktu sidang khas ASEAN khas bersama Presiden Amerika (Joe Biden), saya juga menggunakan bahasa Melayu.
“Mesej yang saya sampaikan jelas diterima Presiden AS walaupun saya berbahasa Melayu,” katanya dalam ucapan tersebut, pada Ahad. — Astro Awani
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram