Pegawai kanan kerajaan, pesara ditahan terima suapan RM700,000


Kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Khamis.

SEORANG pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Langgan Majoriti hari ini

Dapatkan akses penuh untuk membaca artikel berinformasi yang berlaku sekitar anda dan luar negara. Hanya di Majoriti, refleksi tanpa prejudis.

Jika sudah melanggan