Kipas terbakar sudah rosak dua bulan, penghuni Kolej Zaaba tanya kipas sama sejak 1993 ke?


  • Tular
  • Jumaat, 13 Mei 2022

Keadaan kipas yang terbakar di sebuah bilik asrama dipercayai di Universiti Malaya.

SEORANG penuntut sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur berdepan detik cemas selepas sebuah kipas siling di dalam bilik asrama pelajar tiba-tiba terbakar ketika sedang digunakan.

Pelajar itu, Arep Ashari mendakwa, kejadian itu boleh membahayakan nyawa orang lain kerana kipas itu terbakar betul-betul di atas tilam yang mana objek itu sangat mudah disampar api.

Lebih mengecewakan, dia sudah membuat aduan berkenaan kerosakan kipas itu sebanyak dua kali iaitu pada 22 Mac dan 8 Mei lalu sebelum kejadian kebakaran itu dipercayai berlaku pada Khamis (12 Mei 2022).

Dia turut menyertakan tangkap layar aduan berkenaan dipercayai dimuat naik ke dalam sistem dalam talian dengan tarikh aduan pertama pada 6.37 pagi, 22 Mac 2022 manakala aduan kedua pada 11.30 pagi, 8 Mei 2022.

'Dah buat aduan dua kali tapi masih tak betul kan. Sampai terbakar, bomba datang baru nak gelabah? Nak tunggu pelajar mati baru nak ambil tindakan?

"Kipas terbakar betul-betul atas katil/tilam. Kalau orang takda dalam bilik, satu bangunan (asrama boleh) terbakar. Kira okay la? @UniversitiMalaya," ciapnya.

arep

Arep menerusi ciapan di Twitter juga turut memuat naik rakaman insiden kipas terbakar itu sebelum klip berkenaan tular di media sosial

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi tersebut dan difahamkan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian berkenaan.

FSiB8MgVcAAN3YQ

Dua aduan kipas rosak yang dibuat sebelum ini namun tidak diambil tindakan oleh pihak universiti. — Twitter

Meninjau ruangan komen, ciapan tweet yang menjadi tular tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sama meluahkan kekecewaan mereka.

“Asal Kolej Zaaba susah nak buat penyelenggaraan? Dulu duduk Kolej 8 tu sehari je buat laporan dah datang ganti yang baru. Siapa pengetua Kolej 7 sekarang?,” luah pengguna, @nfatin_amira.

arep2

Tangkap layar komen netizen terhadap insiden tersebut. — Twitter

"Macam kolej Zaaba saja, takkan dok pakai lagi kipas sama dari tahun 1993," soal @hajar_darwish.

Majoriti turut berusaha mendapatkan pihak Universiti Malaya berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram