Kereta berundur terbakar di Genting Highlands, polis masih tunggu laporan


  • Tular
  • Selasa, 10 Mei 2022

Video kenderaan terbakar di Genting Highlands tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan dan lebih 30,000 sukaan.

VIDEO sebuah kenderaan terbakar di jalan selorong menaiki Genting Highlands, Pahang menjadi tular di media sosial, TikTok pada Selasa.

Menerusi video yang dirakam dari dalam kereta kabel Sky Way Genting Highlands, dipaparkan terdapat sebuah kereta jenis sedan berwarna putih terbakar sebelum mengundur dari atas bukit hingga melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Video yang dikongsi pemilik akaun, ren.pmx tersebut mendapat lebih satu juta tontonan dan lebih 30,000 sukaan.

Tidak dinyatakan bila kejadian tersebut berlaku, rata-rata pengguna TikTok berkongsi komen mempersoalkan tindakan kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik polis bantuan di sana yang mengelak daripada menahan kenderaan tersebut daripada terus mengundur.

Perkara itu turut dinyatakan seorang pemlik akaun shahrizansha, yang turut mengatakan bahawa tindakan tersebut (mengelak) telah menyebabkan orang awam lain menjadi mangsa.

"Kenapa Hilux polis bantuan tidak halang, kenapa mengelak, kereta orang lain pula kena langgar, Hilux itu ada kangaroo bar," katanya.

komen terbakar 1

Sementara itu, seorang lagi pengguna, ruzeta hamid pula mendoakan agar semua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut terselamat.

"Tidak kira kereta siapa yang halang, semoga semuanya selamat, kesian tuan kereta yang terbakar tu," ujarnya.

komen terbakar 2

Dalam pada itu, Majoriti turut berhubung dengan Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar untuk mendapatkan pengesahan berhubung kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, menurut beliau pihaknya masih belum mendapat sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram