Pasang kekuda sebelum bergaduh depan Hospital Kuching


  • Tular
  • Jumaat, 29 Apr 2022

Tangkap layar rakaman aksi pergaduhan antara dua orang lelaki itu di Hospital Umum, Kuching .

PERANGAI macam budak sekolah, itu antara reaksi warganet terhadap rakaman video yang menunjukkan kekecohan yang berlaku di hadapan Hospital Umum, Kuching, Sarawak.

Kejadian yang didakwa berlaku pada Khamis itu melibatkan dua orang lelaki, yang mana kekecohan itu terjadi susulan kes kemalangan yang membabitkan dua buah kereta Perodua Kelisa yang dikatakan bergesel sesama sendiri.

Video itu memaparkan seorang lelaki berbaju merah yang terlebih dahulu menimbulkan kekecohan sebelum seorang lagi pemilik kereta Kelisa keluar untuk menyelesaikan isu sesama mereka.

Rakaman aksi pergaduhan dua lelaki berkenaan. — Facebook

Namun, insiden itu berjaya diberhentikan oleh orang awam yang berada di sekitar hospital itu sebelum keadaan menjadi lebih tegang.

Gelagat dua lelaki itu bukan sahaja dikecam orang ramai tetapi juga mencuit hati netizen kerana aksi kekuda yang dipamerkan oleh lelaki berbaju merah tersebut.

"Maaf terketawa pula tengok buka silatnya," ujar Tanti Dwi Anjari.

"Buka silat kau tu..apa lah sangat pasal kereta macam itu pun sampai mahu buka silat..kita sama manusia ini bawa bincang elok-elok..siapa yang salah itu mengaku bawa pergi kedai buat semula kerta yang calar itu..ini sampai buka silat orang tengok malu..dah tua-tua macam itu..tak payah la samseng sangat..terbaik," kata Ludang Patrick.

Rakaman pergaduhan yang berdurasi satu minit 28 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sejak dimuat naik pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Gaduh, Kuching, di hadapan Hospital, tular, lelaki,