Mayat lelaki tersangkut pada dahan pokok di Kuala Selangor


  • 112
  • Khamis, 28 Apr 2022

Polis membawa mayat berkenaan Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat. — Sinar Harian

MAYAT seorang lelaki ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Selangor berhampiran Jeti Bukit Belimbing di Kuala Selangor, Selangor pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada pukul 12.48 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita menerima laporan awal tentang penemuan mayat terapung di dalam sungai dan berjaya dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Norazam berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram