Islam tak pernah tawar pakej taubat RM20 — Menteri Agama


  • Primer
  • Sabtu, 23 Apr 2022

Poster iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama yang tular baru-baru ini.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan tindakan lanjut akan diambil susulan penularan iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama baru-baru ini.

Idris menerusi hantaran di laman Twitter memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan iklan itu untuk memaklumkannya kepada beliau.

Menurutnya, Islam sama sekali tidak pernah menawarkan perkhidmatan sedemikian.

“Mohon maklumkan butiran kepada saya untuk tindakan lanjut. Ternyata perkara seperti ini bukan anjuran dalam Islam,” katanya pada Sabtu.

Sebelum ini, tular satu hantaran iklan pakej taubat bagi satu penama dengan harga RM20.

Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle berkata, rukun bagi perbuatan taubat hanya memerlukan orang yang berdosa untuk melaksanakannya.

Pada 2017, media juga pernah melaporkan satu isu berhubung perkhidmatan valet doa yang menyediakan khidmat untuk menyampaikan doa-doa ke Tanah Suci pada kadar antara RM500 hingga RM2,500. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram