Jurulatih selam warga Norway selamat, 3 lagi masih dikesan


  • 112
  • Khamis, 07 Apr 2022

WANITA itu ditemui selamat dan tiba di Stadium Mersing kira-kira 12.05 tengah hari. — Geng Keselamatan Negara

WANITA warga Norway, Kristine Grodem, salah seorang daripada empat penyelam yang hilang di Mersing pada Rabu, ditemui selamat pada Khamis.

Kristine, 35 tahun, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari Khamis.

Dia merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun, dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun, warga Belanda, dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun, yang masih hilang ketika ini.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Johor.

Sebelum ini, laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada pukul 12 tengah hari, Rabu.

Op Carilamat digerakkan kira-kira pukul 2.35 petang Rabu, melibatkan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maritim Malaysia, Grup Gerak Khas (GGK), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perikanan.

Seramai 61 anggota dan 12 pegawai pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram