Treler rosak punca trafik Plus Kuala Kangsar-Changkat Jering sesak 20km


  • Primer
  • Sabtu, 26 Mac 2022

KEADAAN di lebuh raya Plus yang sesak akibat treler rosak.

SEBUAH treler rosak menyebabkan kesesakan sejauh 20 kilometer di kilometer 231.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) menghala utara dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi satu hantaran Twitter, insiden itu berlaku sekitar jam 9.40 pagi Sabtu.

Katanya, ia menyebabkan trafik perlahan akibat lorong kiri terhalang dan kerja penundaan sedang dijalankan.

"Kerja penundaan sedang dilakukan. Trafik masih sesak 20Km.

"Sila keluar di tol plaza Kuala Kangsar untuk ke utara dan rancang perjalanan anda. Harap maklum," ciapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram