SEORANG penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, di Petaling Jaya, Selangor, pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.
"Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu," katanya pada Jumaat. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram