KEDUTAAN Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur menegaskan ia tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak Malaysia dalam urusan pengaturan haji tahun ini.
Kedutaan berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis bagi membalas pertanyaan berhubung beberapa iklan oleh syarikat-syarikat Malaysia yang mempromosikan pakej dan program pelancongan untuk menunaikan haji tahun ini.
"Kedutaan tidak akan bertanggungjawab mengenai perkara itu," tegas kenyataan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram