Lepas Putatan, gelanggang futsal Beaufort pula jadi ‘medan pertempuran darah’


  • Tular
  • Selasa, 22 Mac 2022

TANGKAP layar video tular pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Beaufort, Sabah.

SATU video pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Beaufort, Sabah tular di media sosial sejak Isnin.

Menurut orang awam yang berada di tempat kejadian, insiden pergaduhan antara sekumpulan remaja itu mengakibatkan pertumpahan darah berlaku.

RAKAMAN insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Beaufort.

Daripada info yang dikongsi di ruangan komen, pergaduhan itu berlaku antara pasukan futsal yang mewakili Sipitang dan juga Beaufort dalam satu kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000.

Setakat ini, masih belum terdapat kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan.

Majoriti sedang cuba mendapatkan makluat lanjut mengenai insiden tersebut.

Majoriti sebelum ini melaporkan satu insiden pergaduhan turut berlaku di sebuah gelanggang futsal di Putatan, Sabah minggu lalu.

Insiden tersebut tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak polis yang sudah mengambil tindakan lanjut dengan menjejaki pelaku yang terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

futsal, pergaduhan, sabah, beaufort, sipitang