Guan Eng pengerusi baharu DAP


  • Politik
  • Ahad, 20 Mac 2022

GUAN Eng dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-17. — Facebook Lim Guan Eng

AHLI Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook pada Ahad dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu, menggantikan Lim Guan Eng yang dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di Shah Alam, Selangor.

Loke, yang sebelum ini Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, menggantikan Guan Eng yang tidak boleh dipilih semula untuk jawatan tersebut pada pemilihan kali ini, kerana perlembagaan parti itu hanya membenarkan seseorang memegang jawatan setiausaha agung selama tempoh maksimum tiga penggal.

Bekas Menteri Pengangkutan itu terdahulu dipilih menggangotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selepas meraih 1,625 undi, manakala Guan Eng memperoleh 1,311 undi.

Keputusan itu diumumkan Speaker Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chiew Chiu Sing, pada sidang media di akhir persidangan itu.

Seramai 2,179 perwakilan menghadiri kongres sehari secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam itu dan bertanggungjawab mengundi 30 anggota CEC untuk penggal 2022-2025.

Ahli CEC akan memilih pemegang jawatan parti, termasuk jawatan Setiausaha Agung. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram