Covid-19: 32,800 lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat


  • Primer
  • Sabtu, 12 Mac 2022

76 kes kematian dilaporkan pada Jumaat dengan 21 kematian berlaku di luar hospital. — The Star

MALAYSIA merekodkan 32,800 jangkitan baharu Covid-19 pada Jumaat (11 Mac 2022), kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut portal CovidNow, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 3,774,786 kes setakat ini.

KKM melaporkan, terdapat 541 kes import Covid-19, manakala 32,259 kes adalah penularan tempatan.

Kementerian itu juga berkata, terdapat 24,444 kes pulih pada hari Jumaat, dan sejumlah 332,700 kes aktif di Malaysia.

Sementara itu, 76 kematian dilaporkan, dengan 21 kematian berlaku di luar hospital (brought-in-dead).

Seramai 380 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), dengan 2,684 kes dimasukkan ke hospital di seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram