13 kawasan KL terjejas bekalan air pulih sepenuhnya


  • Primer
  • Sabtu, 12 Mac 2022

PENGGUNA disarankan supaya merujuk kepada semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor. — The Star

BEKALAN air di 13 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di Kuala Lumpur pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam, Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam satu kenyataan berkata, Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor serta di Facebook, Instagram dan Twitter atau melalui talian hotline Pusat Komunikasi Air Selangor di 15300 untuk maklumat lanjut,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram