Perkongsian kelangsungan perniagaan oleh peniaga PKS tempatan


  • Bizz
  • Selasa, 15 Mac 2022

MAXIS Business memperkenalkan satu siri web bagi membantu perniagaan kecil terus cemerlang dalam norma baharu.

SEKTOR perusahaan kecil sederhana (PKS) merupakan antara sektor yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Tambahan itu, kemelesetan ekonomi yang berpanjangan dijangka berlaku, sepertinya wabak ini tiada 'tarikh tamat tempoh' tepat untuk ianya berakhir.

Dalam norma baharu ini, perniagaan dari pelbagai industri terpaksa berdepan dengan penghijrahan digital (digital migration) yang perlahan, kewangan terhad, kekurangan tenaga pekerja dan margin keuntungan yang lebih kecil.

Bagi menyelesaikan masalah baharu ini, perlu ada strategi perniagaan yang mampan untuk perniagaan ketika memasuki fasa pasca Covid-19.

Walaubagaimanapun, terdapat perniagaan yang berjaya bertahan malah berkembang maju semasa musim pandemik.

Maxis Business telah memperkenalkan siri webisod baharu mulai 7 Mac, bertajuk Spark Let's Talk di mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berjaya melakar sukses dan pemain industri berpengaruh berkongsi strategi utama dan langkah perlu diambil untuk memastikan jangka hayat perniagaan mereka berpanjangan.

Webisod itu bakal dihos oleh pelakon dan pengacara TV, Julie Woon bersama ketua segmen PKS Maxis Business, Kevin Lee.

Spark Let's Talk ialah tambahan kepada Maxis Business Spark – program induk yang direka untuk melengkapkan perniagaan dengan persiapan dan pengetahuan yang tepat untuk menangani perubahan industri dalam pelbagai sektor.

Bagi Maxis Business, matlamatnya adalah untuk menyokong PKS dalam kembara digitalisasi mereka melalui penyelesaian perniagaan seperti e-dagang, pemasaran digital, penyelesaian IoT dan ‘cloud’, di samping kepakaran sokongan teknikal.

Apabila bercakap mengenai strategi, tiada penyelesaian yang sesuai untuk semua pihak. PKS yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza dan Spark Let's Talk melengkapkan PKS dengan pandangan dan perspektif unik yang bakal membantu mereka membentuk strategi dan taktik sendiri sekiranya mereka menghadapi masalah yang sama.

Wabak Covid-19 telah mengajar PKS dan syarikat yang sama satu pelajaran berharga untuk berdepan cabaran dan menjadikannya pemangkin untuk perniagaan mereka dalam fasa pasca pandemik ini.

Jadi, apakah jenis cabaran baharu yang akan dihadapi oleh perniagaan baharu ini? Untuk menjawab soalan itu, salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh PKS yang muncul dalam fasa pasca Covid-19 ialah untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Masam manis kejayaan

Tealive chief executive officer Bryan Loo

Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo berkata, adalah sangat penting untuk menawarkan pelbagai pilihan saluran kepada pengguna dalam norma baharu.

Tealive Logo

Besar atau kecil, grande kopi atau venti, industri makanan dan minuman (F&B) telah menjadi salah satu tunjang utama dalam sektor perusahaan kecil sederhana.

Webisod pertama, Going with What Tastes Right, menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo dan pengasas bersama myBurgerLab, Chin RenYi secara bersemuka membincangkan strategi menangani masalah yang unik kepada pengusaha F&B.

Dalam episod perdana ini juga, Loo turut berkongsi cara Tealive mampu bertahan dengan menerapkan budaya minum teh dan mengembangkan jenama mereka.

myBurgerLab co-founder Chin RenYi.

"Kami mendapati bahawa kami boleh memenuhi selera kumpulan yang menyukai falsafah di sebalik burger kami", kongsi pengasas bersama myBurgerLab Chin RenYi.

MyBurger Lab

Bagi Chin, myBurgerLab telah menyusun pangkalan pelanggan yang setia dan perlahan-lahan serta berterusan mengembangkan jenama mereka walaupun terdapat perubahan dalam tabiat pengguna disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Dengan peningkatan permintaan dalam sektor penghantaran makanan juga, pengusaha restoran harus memikirkan semula pendekatan tertentu untuk mengukuhkan kewujudan dalam industri penghantaran makanan dalam talian. Jika mereka menawarkan cara bungkus makanan sebelum ini, mereka mungkin perlu mempertimbangkan kaedah penghantaran pada masa depan.

Legasi keluarga

BMS Organics chief executive officer Terry Lee

“Sebagai ahli keluarga yang paling muda, saya perlu membuktikan diri saya untuk mendapat kepercayaan tiga abang saya untuk menjalankan perniagaan dengan lancar,” kongsi Terry.

BMS Organics Logo

Webisod kedua Spark Let's Talk, Building the Family Legacy, membincangkan cabaran dan kelebihan mempunyai perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga, dan halangan unik tersendirinya.

Berkongsi pengalaman mereka dalam episod ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif BMS Organics, Terry Lee dan pengarah eksekutif kumpulan MAMEE-Double Decker, Pierre Pang.

Kevin Lee turut berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapinya dan apa yang telah dilaluinya bersama perniagaan keluarga yang lain dalam tempoh tujuh tahun menerajui segmen PKS Maxis.

Dalam episod ini, penonton boleh mendapat pengetahuan tentang cara generasi pertama dan kedua keluarga mereka yang mengendalikan PKS dan kepayahan yang diharungi apabila melaksanakan strategi baharu.

Pierre Pang

PENGARAH Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker, Pierre Pang.

Menurut Pang, kepercayaan dan komunikasi telah diterapkan dalam dirinya sebagai sebahagian daripada nilai keluarga oleh datuknya dan perkara itu diterjemahkan kepada perbincangan yang efektif ketika mesyuarat perniagaan.

Maee

Ini semua berbalik kepada perubahan dalam tabiat pengguna dan evolusi perjalanan pelanggan dalam norma baharu, dan bagaimana teknologi digital menjadi sebahagian daripada penyelesaian dengan cara ini sehingga perniagaan warisan terpaksa mengadaptasi di luar keperluan.

Terbaik dari ladang

Loi Tuan Ee

Loi menyedari bahawa walaupun saluran jualan seperti pusat membeli-belah dan restoran terjejas akibat Covid-19 ketika perintah berkurung yang pertama, saluran lain seperti pasar raya menyaksikan lonjakan.

Farm Fresh

Ramai usahawan yang mahukan kejayaan biasanya melihat mengembangkan perniagaan sebagai tanda aras untuk perniagaan yang berjaya, tetapi tidak ada cara yang salah atau betul untuk melakukannya seperti yang ditunjukkan dalam webisod ini.

Episod ketiga yang bertajuk From Production to Consumption menceritakan bagaimana Covid-19 telah mengganggu rantaian bekalan global dan saluran pengedaran untuk syarikat di seluruh dunia.

Penonton boleh belajar daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Farm Fresh, Loi Tuan Ee, dan pengasas Kumpulan Nelson, Datuk Seri Nelson Kwok.

Untuk menangani peningkatan kos, Farm Fresh telah menggunakan model pengedaran berbilang saluran merangkumi beberapa pasaran pengguna yang berbeza, terdiri daripada peruncit besar, restoran, kedai serbaneka dan juga peniaga rumah.

Nelson Kwok

"Sejak beberapa tahun ini, wabak ini telah memaksa kami menukar model perniagaan kami," kata Kwok dalam webisod itu.

Nelson

Sementara Farm Fresh memiliki ladang tenusunya sendiri, Nelson pula menggunakan kaedah lain dengan model francais.

“Kami pernah mengeksport banyak produk kami. Tetapi memandangkan wabak itu menjejaskan rantaian bekalan global, kami terpaksa melihat cara untuk mempelbagaikan keuntungan kami melalui pasar raya, kedai serbaneka dan juga kaedah dalam talian untuk mengekalkan perniagaan kami,” kongsi Kwok.

Inovasi, seperti yang akan dilihat oleh orang awam, adalah satu cara untuk mengukuhkan perniagaan anda dalam pasaran yang kompetitif.

Material untuk berjaya

Oxwhite founder CK Changr

Changr percaya bahawa pemasaran dalam talian telah menjadi strategi utama kepada kejayaan jenama itu.

OXWHITE

Akhirnya, webisod itu diakhiri dengan siri keempat menampilkan industri fesyen.

Bertajuk The Right Fit in the New Normal, webisod ini menampilkan pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai (CVO) Pestle & Mortar (PMC), Hugh Koh dan pengasas Oxwhite, CK Changr berkongsi kepakaran mereka dalam topik tersebut.

Dengan dua pendekatan yang berbeza - Oxwhite yang menumpukan kepada kemewahan pada harga yang berpatutan manakala PMC pula memfokuskan trend dan kolaborasi edisi terhad - kedua-duanya telah berjaya mengukir nama dalam pasaran fesyen.

Adakah PKS anda lebih serupa seperti Oxwhite yang menggunakan model pratempah untuk mengurangkan kos berlebihan termasuk peruncitan, pengedaran, inventori dan pengeluaran?

Atau adakah ia seperti jenama ‘streetwear’ PMC yang memanfaatkan kerjasama dengan nama besar seperti Acer, Ultraman, Pepsi, Milo, Royal Selangor, Looney Tunes, Oppo, dan juga artis grafiti seperti Kenji Chai?

Walau apa pun, PKS perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka sebelum menggunakan strategi penjenamaan mahupun pendekatan jualan supaya semua pihak yang terlibat memahami tanggungjawab mereka dengan jelas.

Hugh Koh

Menurut Koh, PMC mewakili kumpulan pelanggan yang pintar digital dan sentiasa selaras dengan kemajuan teknologi yang berbeza dan baharu.

PMC

Setiap webisod mencungkil soalan-soalan yang dihantar oleh PKS lain untuk dijawab oleh para tetamu. Tujuannya bukanlah untuk berdakwah; sebaliknya ia adalah untuk mencungkil pengajaran dan belajar daripada pengalaman masing-masing, dan "mencetuskan" perbualan seperti nama rancangannya.

Jika anda sedang mencari nasihat berkaitan dan cadangan praktikal daripada orang yang terlibat secara langsung dalam industri mereka, webisod Spark Let's Talk akan dapat memberi anda kunci bagi membina perniagaan yang berjaya.

Webisod berkenaan turut akan merangkumi sektor industri yang berbeza, jadi nantikan lebih banyak lagi.

> Episod 1: Going with What Tastes Right pada haribulan 7 Mac.

> Episod 2: Building the Family Legacy pada haribulan 16 Mac.

> Episod 3: From Production to Consumption pada haribulan 23 Mac.

> Episod 4: The Right Fit in the New Normal pada haribulan 30 Mac.

Anda boleh saksikan webisod berkenaan di sini.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram