KES harian baharu Covid-19 negara menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 27,500 kes baharu pada Rabu berbanding 25,854 kes yang dicatatkan pada Selasa.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia kepada 3,496,090 kes setakat ini.
Menurut laman COVIDNOW, daripada jumlah berkenaan, Selangor merupakan penyumbang terbesar kes dengan 6,494 kes baharu direkodkan, diikuti Kedah (2,752) dan Pulau Pinang (2,422).
Selain itu, sebanyak 115 kematian baharu dicatatkan. Daripada jumlah itu, 36 kematian diklasifikasikan sebagai 'brought-in-dead' (BID).
Jumlah kematian kini mencecah 32,942 orang.
Sementara itu, sebanyak 166 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 194 memerlukan alat bantuan pernafasan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
