Kecoh hospital Ipoh: Seorang dicekup, enam lagi diburu


  • 112
  • Ahad, 20 Feb 2022

POLIS masih mengesan enam lagi lelaki tempatan yang masih bebas. — The Star

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di tempat letak kereta di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di Ipoh, Perak, pada pukul 11.50 malam dan direman selama empat bermula Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Polis masih mengesan enam lagi lelaki tempatan (suspek) yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, Perak pada Ahad.

Beliau berkata, insiden kekecohan di hospital itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di Ipoh, Perak.

Menurutnya polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang saling berkaitan berlaku di HRPB dan Guntong.

Beberapa video yang tular dalam media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, kecoh, HRPB, tahan, Mior Faridalathrash