SUDAHLAH kawasan letak kenderaan terhad, ada pula yang menyalahgunakan parkir atas kepentingan diri sendiri.
Itu yang berlaku di kawasan letak kenderaan di luar Klinik Kesihatan Lanang, Sibu, Sarawak melibatkan sebuah food truck.
Menurut pemilik media sosial Facebook, Frank J Martin, dia memuat naik gambar food truck itu yang didakwa 'membolot' dua kawasan parkir yang dikhaskan untuk mereka yang berurusan di klinik.
Rata-rata netizen juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap food truck terbabit, malah ada yang sudah membuat aduan namun tiada tindakan diambil.
Andrew K Esei berkata, sudah beberapa kali aduan dilakukan namun tiada tindakan diambil terhadap food truck itu.
TANGKAP layar komen yang ditinggalkan di dalam status yang dimuat naik. — Facebook
"Sudah beberapa kali laporan dilakukan tetapi pemilik lori masih parking di situ. Apa hubungan istimewa pemilik lori itu dengan pihak berkuasa?" katanya.
Sementara itu, Austin Joseph pula memberitahu yang lori itu sudah lama parkir di situ.
Rezduan Zaini pula bagaimanapun memberitahu yang food truck itu memudahkan orang untuk membeli makanan sementara menunggu giliran di klinik.
Namun, adalah lebih baik jika lori itu menggunakan kawasan yang lebih bersesuaian untuk berniaga, sekali gus memudahkan urusan mereka yang berkenaan di klinik berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram