KES kritikal Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) meningkat kepada lebih 50 peratus di beberapa negeri di negara ini.
Penggunaan ICU di Johor (70%), Perlis (64%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (59%), manakala kapasiti katil ICU tidak kritikal di Johor dan Perak telah mencecah lebih 100 peratus.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan ventilator telah meningkat kepada 132 pesakit, dengan 36 peratus menggunakan peralatan bantuan penafasan tersebut.
Beliau berkata, hospital bagaimanapun masih mampu menampung peningkatan kes Covid-19 dan juga bukan Covid-19.
“Bagaimanapun kebanyakan negeri mempunyai rancangan kontingensi untuk menangani situasi itu sekiranya kes meningkat ke tahap kritikal.
“Terdapat 6,692 kluster dengan 16 kluster baharu, 6,206 kluster telah tamat dan 486 kluster aktif.
Tambahnya, daripada 27,808 kes baharu yang dilaporkan 103 (0.37%) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 dan 27,705 (99.63%) daripada kategori 1 dan 2.
“Daripada 168 kes baharu melibatkan varian membimbangkan (VOC) yang dilaporkan dari 13 Feb hingga 22 Feb, 33 kes adalah varian Delta dan 136 kes Omicron.
Sehingga kini, terdapat 6,537 kes Delta, 960 kes Omicron, 233 kes Beta dan 14 kes Alpha. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram