Golongan tua di Malaysia semakin meningkat


  • Primer
  • Isnin, 14 Feb 2022

SUKARELAWAN dari Gem Helpline melawat rumah orang tua dan memberi sokongan emosi kepada warga emas di situ. — The Star

PENDUDUK menua negara telah meningkat sebanyak 1.2 juta sejak sedekad lalu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Direkodkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas merupakan 10.4 peratus atau 3.4 juta penduduk berbanding lapan peratus atau 2.2 juta pada 2010," kata Perdana Menteri ketika melancarkan Penemuan Utama Laporan Banci 2020 bertemakan "Data Anda, Masa Depan Kita" pada Isnin.

Beliau berkata, angka itu bertentangan dengan pertumbuhan populasi golongan muda Malaysia.

"Populasi anak muda Malaysia telah menurun daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24 peratus pada 2020," katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, penduduk negara berkembang sebanyak 1.7 peratus sejak sedekad lalu kepada 32.4 juta.

Katanya, jumlah itu terdiri daripada 29.8 juta rakyat Malaysia dan 2.7 juta bukan warganegara.

"Daripada 32.4 juta itu, 52.3 juta adalah lelaki manakala 47.7 peratus adalah perempuan, yang mana nisbah bersamaan 110 lelaki kepada 100 perempuan," katanya.

“Daripada 32.4 juta itu, 52.3 peratus adalah lelaki manakala 47.7 peratus adalah perempuan iaitu nisbah 110 lelaki kepada 100 perempuan,” katanya.

Beliau berkata, banci itu mendedahkan bahawa masyarakat Bumiputera merupakan penduduk terbesar di negara ini iaitu 69.4 peratus.

Ini diikuti oleh Cina (23.2 peratus), India (6.7 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus), tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Banci kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai 2020, namun tergendala akibat penularan wabak Covid-19.

Banci negara, yang keenam sejak 1963, telah disiapkan pada 31 Oktober tahun lepas dengan sejumlah 9.2 juta isi rumah ditemu bual terutamanya melalui platform dalam talian.

Kira-kira 1,000 data banci akan diterbitkan secara berperingkat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram