Lebih 12.1 juta populasi dewasa telah terima dos penggalak


  • Primer
  • Jumaat, 04 Feb 2022

ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatkan dos penggalak Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Kota Damansara. — AZHAR MAHFOF/The Star

JUMLAH individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 kini mencecah 12,157,974 orang atau 51.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini, setakat Khamis.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,789,988 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan pada Khamis meliputi 2,497 dos pertama, 2,603 bagi dos kedua manakala 95,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Khamis dengan tiga di Perak, dua di Kedah manakala masing-masing satu kematian direkodkan di Johor, Kelantan dan Pahang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

COVID-19, COVIDNOW, KKM, penggalak, github