PERSATUAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) melahirkan rasa bimbang dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini berhubung kenaikan tarif elektrik untuk pengguna komersial dan industri.
Menurut Pengerusinya, Datuk William Ng, kenaikan berkenaan yang disifatkan sebagai surcaj di bawah mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), akan menghalang pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).