Tangkap layar tular kelepasan am 3 Februari palsu — JPM


  • Primer
  • Rabu, 26 Jan 2022

ORANG ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. — Facebook

TANGKAP layar yang tular di media sosial mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi catatan di Facebook pada Rabu memaklumkan bahawa maklumat yang tertera di atas tangkap layar dengan tajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ adalah tidak benar.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut hantaran itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPM, Hari Wilayah, hari kelepasan, Palsu