'Rakyat ketika ini tidak mementingkan PRU'


  • Politik
  • Rabu, 26 Jan 2022

KERAJAAN ketika ini dilihat lebih berminat untuk perebutan jawatan dan kuasa dengan mendesak mengadakan PRU. — The Star

TUMPUAN terhadap ketidaktentuan ekonomi yang menyebabkan rakyat terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan ketika ini, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, meskipun isu tersebut menjadi perdebatan setiap masa, namun ia masih kekal tanpa jalan penyelesaian oleh kerajaan.

“Kos sara hidup yang tinggi terpaksa ditanggung oleh ketua rumah yang bukan sahaja untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain.

“Isu kenaikan kos sara hidup ini menjadi perdebatan hangat rakyat di mana-mana. Ia terjadi setiap tahun.

"Walaupun terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat isu kenaikan harga barangan tetapi tiada jalan penyelesaian daripada kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Interview with Nik Nazmi

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad — The Star

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, rakyat kini memerlukan sebuah kerajaan yang fokus kepada isu kebajikan dan kestabilan ekonomi negara.

Jelasnya, ini setelah rakyat terpaksa mengharungi kehidupan yang mencabar sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang bermula pada tahun 2020.

“Sebagai kerajaan, setiap menteri yang dilantik seharusnya mencari jalan memulihkan kesengsaraan rakyat,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini lebih berminat untuk perebutan jawatan dan kuasa dengan mendesak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Eloklah gunakan duit itu untuk stabilkan harga barang dahulu. Rakyat ketika ini tidak mementingkan PRU.

“Yang melihat PRU itu penting hanya orang politik yang mahu kuasa,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram