MCA masih belum bincang mengenai kerusi PRU, PRN Johor — Ka Siong


  • Politik
  • Ahad, 23 Jan 2022

KA Siong berkata bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.

MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.

"MCA sudah mempunyai jawatankuasa dan telah memulakan kerja bagi memantapkan jentera menjelang pilihan raya.

"Perbincangan kerusi mana untuk bertanding belum ada dan ia menjadi tradisi MCA selagi tak bubar (dewan), ia tidak akan dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Keselamatan Jalan Raya Miros di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, pada Sabtu.

Pada PRU14, Umno bertanding 35 kerusi, MCA (14 kerusi), Gerakan (tiga) manakala MIC (empat) namun BN hanya memenangi 19 kerusi menerusi Umno dengan 17 kerusi manakala MIC dua kerusi. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MCA, kerusi, wee ka siong