Ahmad Zahid diperintah bela diri


AHMAD Zahid (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. — The Star

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan melibatkan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas memihak kepada pasukan pendakwaan, yang berpendapat wujud prima facie berhubung kes itu.

Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, bagi pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Beliau kemudiannya dilihat berbincang dengan peguamnya. Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram