Polis buru suspek terajang gelandangan di Bukit Bintang


  • 112
  • Ahad, 23 Jan 2022

TANGKAP layar video menunjukkan gelandangan ditendang seorang lelaki. — Facebook

POLIS sedang menyiasat kejadian seorang gelandangan dikasari dan ditendang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video berdurasi 30 saat kejadian itu telah tular di media sosial.

VIDEO tular yang dikongsi di laman media sosial



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kami menggesa supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Noor Dellhan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang melanggar undang-undang.

"Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram