Logik jika kos RM300 bilion selesai isu banjir — Pakar


  • Massa
  • Sabtu, 22 Jan 2022

LEBIH RM300 billion diperlukan bagi cadangan penyelesaian jangka masa panjang fenomena banjir di seluruh. — Gambar hiasan

LEBIH RM300 bilion diperlukan bagi cadangan penyelesaian jangka masa panjang fenomena banjir di seluruh negara dengan tempoh pelaksanaan secara berfasa selama 50 tahun sehingga tahun 2100, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Susulan dari cadangan Menteri Alam Sekitar dan Air itu, ramai rakyat Malaysia yang mengatakan bajet yang dibentangkan itu terlalu besar nilainya dan seperti tidak logik untuk menyelesaikan isu banjir.

Namun bagi Muhammad Shaqib Shahrilnizam yang merupakan Kahli onvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) Malaysia, jumlah RM300 bilion agak banyak tetapi kalau mengikut trajektori 50-100 tahun, jumlah itu logik disebabkan beberapa faktor.

Menerusi ciapan di Twitter Muhammad Shaqib berkata, purata hujan turun adalah tinggi berbanding dengan sebelum ini, dan ia akan kekal naik disebabkan krisis iklim dan The Intergovernmental Panel on Climate Change baru sahaja mengeluarkan laporan ARC6 bahawa negara di Asia Tenggara mengalami purata hujan tinggi serta kerap banjir selepas ini.

"Ya, punca banjir juga disebabkan pembalakan dan penambakan tanah yang terlalu agresif. Tetapi kena ingat, banjir baru ini juga menyebabkan lokasi 'zero' banjir kini mengalami banjir. Atas sebab itu, perlunya Nature Based Solutions (NbS) dalam pelan mitigasi dan adaptasi banjir.

"Kos NbS ini tidak mahal sangat, boleh buat tapi hanyalah sesuai di luar bandar dan kawasan bandar kecil seperti Kent Local Flood Risk dan Bertem di Belgium. Kalau di bandar atau bandar besar, boleh tengok pelan mitigasi mega di Sungai Thames London dan Kasukabe Underground Flood Protection Tank, " katanya.

Malah beliau juga mengambil contoh situasi di Kasukabe, Jepun yang mana mereka ambil masa 17 tahun untuk menyiapkan projek itu dengan jumlah sebanyak 230 bilion yen pada tahun 2006.

"Kembali pada Malaysia pula, kita ada tiga projek lintasan sungai iaitu di Sungai Keroh, Sungai Gombak dan Smart Tunnel. Smart sahaja kosnya RM 1.93 bilion (2007) untuk 9.7 kilometer sahaja. Cuba masukkan sekali jumlah peratus untuk inflasi, penyelenggaraan dan penambahbaikan. Itupun dah diswastakan sebab kos tinggi," katanya.

Beliau juga menambah, jika kos Smart dibundarkan kepada RM20 bilion dan kemudiannya dibina 11 negeri di Semenanjung sahaja, jumlahnya akan menjadi RM220 bilion untuk 10 kilometer sahaja seperti konsep Smart.

"Dengan jumlah tadi (RM220 bilion) ditambah dengan jangkaan hujan bagi tempoh 100 tahun, tidak termasuk inflasi 2050 — 2100, kosnya boleh capai jumlah RM300 bilion sahaja tanpa program lintasan atau program penyelesaian secara semula jadi. Jumlah itu baru konsep mitigasi dan adaptasi belum masuk kos kerugian serta kerosakan.

"Bagi mengumpul dana RM 300 bilion, antara yang kerajaan persekutuan patut buat ialah Payment on Ecosystem Services (PES), Taxes in Renewable Natural Capital, Debt Natural Swaps, Loss & Damage Trust Fund, Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM) dan Public Insurance #ClimateCrisis," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram