SEKATERIAT Penyelidikan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengajak orang ramai melakukan kaji selidik untuk memahami kehendak rakyat dalam pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perkara itu turut dikongsi oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki menerusi ciapan di laman sosial Facebook miliknya.
Berdasarkan hantaran itu, kaji selidik tersebut bertujuan untuk membantu mengenalpasti adakah ada keperluan untuk meluluskan pengeluaran i-Citra sekali lagi.
"Kajian ini bersifat telus dan tidak memihak kepada sesiapa.
"Mohon penyertaan semua rakyat untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik yang hanya mengambil masa tak sampai seminit," katanya pada Selasa.
Kaji selidik berkenaan merupakan inisiatif Sekretariat Penyelidikan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diketuai Azril Sarit.
Orang ramai boleh menyertai kaji selidik berkenaan di sini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram