SEBUAH pengeluar bas tempatan yang berpangkalan di Johor Bahru, Johor, Gemilang International Ltd (GML) dijangka menghantar 140 unit bas sekolah elektrik (EV) ke California, Amerika Syarikat (AS) pada 2022.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GML, Pang Chong Yong berkata, tempahan bas itu merupakan satu kejayaan besar syarikatnya untuk pasaran AS.