APM sanggup gadai nyawa hantar bantuan


  • Massa
  • Khamis, 06 Jan 2022

DIFAHAMKAN kesemua anggota APM tersebut selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku. — Facebook

BENCANA banjir yang berlaku di beberapa negeri seluruh negara baru-baru ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan ramai rakyat yang terkesan dengan bencana banjir yang difahamkan paling teruk dalam sejarah banjir di Malaysia.

Di sebalik bencana itu, terlihat rakyat Malaysia sememangnya bersatu-padu terutamanya aspek sukarelawan sehingga ramai yang sanggup datang dari setiap pelusuk negeri membawa lori bantuan dan juga bot untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap.

Kebaikan membantu mangsa banjir perlu diberi penghormatan kepada individu yang teribat kerana sanggup bergadai nyawa membantu mangsa banjir termasuklah Anggota Pertahanan Awam (APM) yang ditimpa kejadian bot karam ketika misi bantuan mangsa banjir itu pada Rabu.

Menerusi video tular di media sosial, tiga anggota APM dalam misi menghantar bantuan makanan ke Kampung Orang Asli Aur menggunakan bot persendirian, namun malang tidak berbau apabila bot yang mereka gunakan karam di Kuala Tahan.

VIDEO dari hantaran pengguna Facebook, AF View.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu terjadi di Jeram Panjang, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang apabila bot terbabit dibadai ombak sebelum dimasuki air serta dihanyutkan oleh arus deras.

Majoriti difahamkan, kesemua anggota APM tersebut selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji sikap berani mereka dan menasihati agar semua yang turun membantu mangsa banjir sentiasa selamat.

"Begitulah pengorbanan anggota penyelamat berkorban untuk rakyat. Nasib baik tiada yang terkorban. Tahniah untuk kalian," komen dari pengguna, Dil Takaru.

"Moga terselamat dan dilindungi ALLAH. Moga ALLAH permudahkan urusan kalian semua. Amin. Terbaik hebat sekali. Saya cuma tengok dan berdoa saja yang termampu. Mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa-doa saya InshaaALLAH dengan izin-NYA," kata pengguna Facebook, Nor Kartinah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, tular, gadai nyawa, APM