PELAKSANAAN Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3) ditangguhkan kerajaan pada 31 Disember 2021.
Mengumumkan perkara itu, Suruhanjaya Tenaga berkata, kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung bermula 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan kelak.
Dalam pada itu, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung dikekalkan untuk tempoh tersebut.
Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
