MPSepang didakwa saman mangsa banjir


  • Tular
  • Sabtu, 01 Jan 2022

TANGKAP layar dari video tular tersebut.

SUDAH jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran situasi yang menimpa mangsa banjir di Sepang selepas kenderaan mereka yang terkena banjir dikenakan saman pula oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Video yang tular di laman media sosial Facebook itu dihantar oleh pengguna Facebook, Ucop MH Tow, menunjukkan beberapa kenderaan mangsa banjir yang meletakkan kenderaan dihadapan bengkel diberikan surat saman oleh majlis perbandaran berkenaan.

"Dimanakah prihatin pihak Majlis Perbandaran Sepang. Kenderaan banjir yang diparkir di depan bengkel sementara dibaik pulih pun disaman," kata pengguna Facebook itu.

Selepas video tular tersebut, rata-rata warganet bengang dengan tindakan MPSepang yang tidak bertimbang rasa dengan mangsa banjir di kawasan itu.

"Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang celaka. Kenderaan banjir kan itu. Bagi mukalah sikit, bodoh tu jangan bawa pergi kerja. Takkan nak sumbat semua dalam bengkel? Mana muat, kata pengguna Facebook," kata Mohd Hazwan.

"Tidak boleh kah guna budi bicara masa laksanakan tugas. Orang dalam musibah boleh pula saman. Bukan suka-suka letak kereta di sana pun. Tiada otak ke apa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sana? Halal ke gaji kau itu dengan cara kerja kau ini.

"Aku pun pakai seragam juga tapi masih ada budi bicara lagi. Aku rasa kalau orang yang buat ini pakai baju seragam sama macam aku, tidak tahu lah macam mana perangai. Ada akal, tidak digunakan," komen pengguna Facebook, Kenshin Himura Bathosai.

"Mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kesusahan rakyat marhain yang ditimpa musibah. Di mana akal dan hati nurani anda wahai manusia," kata pengguna, Diq Azmi.

Majoriti cuba menghubungi MPSepang tetapi belum mendapat sebarang maklum balas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram