Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Lembah Klang, lima negeri lain


  • Primer
  • Sabtu, 01 Jan 2022

AMARAN hujan berterusan di beberapa negeri sehingga 4 Januari. — Gambar ihsan MetMalaysia

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; dan seluruh Melaka sehingga 3 Januari.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di negeri termasuk Perak melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang and Muallim; Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya; Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor, yang dijangka berlaku sehingga 3 Januari.

Sementara itu, amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku sehingga 4 Januari, dikeluarkan bagi negeri Kelantan; Terengganu; dan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan), serta Kudat, sehingga 4 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram