MALAYSIA mencatatkan 3,386 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, menurun berbanding 3,573 kes yang dicatatkan pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,761,472 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Sabtu adalah sebanyak 3,547 kes.
Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Sabtu, Noor Hisham berkata, 3,040 kes adalah jangkitan tempatan manakala 346 merupakan kes import.
Tambah beliau, setakat 1 Januari 2022, seramai 273 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 159 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, lima kluster baharu dikenal pasti pada Sabtu, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 215. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
