Sekolah agama Johor buka 9 Januari


  • Primer
  • Khamis, 30 Dis 2021

BAHAGIAN Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal balik tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 pada 9 Januari.
SESI persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi kesemua sekolah agama di Johor akan bermula pada tarikh baharu iaitu 9 Januari depan, berbanding 2 Januari mengikut ketetapan awal.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bagaimanapun sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor (TAJ) dibenarkan beroperasi pada 2 Januari ini.

"Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal balik tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 pada 9 Januari.

"Ketetapan ini adalah melibatkan semua Institusi Pendidikan Islam Negeri Johor,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelumnya mengumumkan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 yang sepatutnya bermula 2 Januari bagi Kumpulan A dan 3 Januari bagi Kumpulan B ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir.

Radzi berkata, negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Jan dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sekolah agama, penggal ketiga, banjir