Angka kes Covid-19 kembali meningkat, 3,683 direkod pada Rabu


  • Primer
  • Rabu, 29 Dis 2021

KES Covid-19 kembali meningkat ke paras atas 3,000 pada Rabu. — Gambar hiasan/Bernama

KES harian baharu Covid-19 negara kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 3,683 kes baharu pada Rabu berbanding 2,897 kes yang dicatatkan pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di media sosialnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,750,516 kes setakat ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 4,322 kes sembuh baharu direkodkan pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,677,406.

Selain itu, sebanyak 288 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 162 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan pada Rabu dan jumlah kluster mencecah 6,120. Daripada jumlah berkenaan, hanya 227 kluster masih aktif.

Tambah kenyataan tersebut, daripada 3,528 kes yang dilaporkan pada Rabu, sebanyak 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 3,627 kes (98.5 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram