BEBERAPA kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang diramalkan mengalami hujan dan ribut petir pada Sabtu, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan, ramalan cuaca pada waktu pagi Hari Krismas itu membabitkan beberapa kawasan di Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman di Sabah pada waktu petang.
"Manakala bagi waktu malam akan berlaku hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri dan Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram