41 terkorban, Selangor paling tinggi


  • 112
  • Jumaat, 24 Dis 2021

KEMATIAN akibat banjir yang melanda seluruh negara kini mencecah 41 orang. — The Star

SERAMAI 41 terkorban manakala lapan orang masih hilang akibat bencana banjir yang melanda negara setakat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan pada Jumaat berkata, Selangor melaporkan kematian tertinggi iaitu 25 mangsa, Pahang 15 mangsa dan seorang di Kelantan.

Berdasarkan pecahan, katanya, 25 mangsa di Selangor terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita, Pahang melibatkan lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki, manakala di Kelantan seorang lelaki.

Lapan yang masih hilang di Pahang melibatkan tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, hilang, mangsa korban banjir, bencana