
EKORAN banjir yang melanda kebanyakan negeri, tular di media sosial baru-baru ini mendakwa 'empangan Sungai Kobat' di Kuantan, Pahang akan dibuka untuk mengeluarkan air.
Dakwaan itu menimbulkan kebimbangan penduduk berhampiran, khususnya di kawasan Cenderawasih.
Kerajaan negeri Pahang kemudiannya menafikan dakwaan itu pada Isnin melalui laman Facebook rasmi mereka.
"Sebenarnya tiada empangan di Sungai Kobat. Yang ada hanyalah pintu air (barrage gate) yang menghalang air masin dari laut masuk ke kawasan muka sauk rumah pam air mentah," jelas catatan mereka.
Kerajaan negeri Pahang menegaskan bahawa pintu air itu tidak menakung air dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sah daripada pihak berkuasa sekiranya terdapat maklumat yang meragukan tersebar. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram